fbpx

Koperasi PDRM dinobatkan empat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hasanuddin Hassan (kiri) bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain (tengah) selepas selesai menandatangani MOU di Maktab PDRM, hari ini

KUALA LUMPUR – Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai koperasi keempat terbaik daripada 100 koperasi di seluruh negara pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan standard yang telah pun ditetapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Dasar Koperasi Negara.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan Koperasi PDRM yang telah bertungkus-lumus memastikan matlamat koperasi mencapai sasarannya.

“Dengan kesungguhan Kop Mantap Berhad mencari lebih banyak lagi peluang kerjasama dengan rakan-rakan strategik, saya yakin ia dapat membantu melonjakkan lagi sektor pelaburan koperasi, seterusnya mengukir lebih banyak kejayaan kepada Koperasi PDRM pada tahun ini.

“Kita (PDRM) mempunyai lebih 100,000 ahli koperasi yang mendapat manfaat, faedah dan memorandum yang ditandatangani serta percaya dengan terjalinnya memorandum ini akan meningkatkan kejayaan lebih memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kop Mantap Berhad bersama Rakan Strategik di Maktab PDRM, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jalinan kerjasama strategik ini turut membabitkan syarikat HeiTech Padu Berhad, Syarikat Simba Electric Group Sdn Bhd, syarikat Pencetakan Surya Sdn Bhd dan Syarikat Nasdeem Ventures Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi PDRM, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, Koperasi PDRM dan Kop Mantap Berhad sentiasa berusaha keras dalam memastikan syarikat kekal berdaya maju walaupun berdepan dengan situasi ketidaktentuan ekonomi dan krisis kesihatan.

“Sejak ditubuhkan pada 1993, Kop Mantap Berhad telah meneroka pelbagai bidang bagi mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

“Sehingga kini Kop Mantap Berhad adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara dan mentransformasikan ekosistem koperasi sekali gus menjadi pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI