fbpx

Angkara Waze, pemuda ‘tersadai’ di pejabat stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik lelaki berkenaan di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA- Detik cemas bagi seseorang pemandu kereta ialah apabila jentera dipandu mereka berdepan situasi kehabisan minyak dan lebih malang lagi jika ia berlaku di kawasan bandar.

Keadaan itu bukan sahaja menyebabkan pemandu berasa cemas, tetapi mungkin hilang pertimbangan hingga gagal membuat keputusan tepat dalam menghadapi situasi berkenaan.

Menerusi perkongsian satu video di aplikasi Tiktok milik @CEO OF VAN5, pemuda itu berdepan nasib malang apabila aplikasi Waze gagal mendapatkan stesen minyak terdekat untuk mengisi bahan bakar itu.

Sebaliknya, aplikasi petunjuk arah itu membawa pemuda berkenaan ke pejabat operasi syarikat minyak di mana ketika itu paras minyak kereta tersebut hanya mampu bertahan hingga enam kilometer sahaja.

“Kisah sedih hari ini, Waze ingat aku mahu tebus bonus link ke,” tulisnya ringkas pada ruang status aplikasi sosial media itu.

Video yang dimuat naik semalam itu mendapat lebih 657,000 tontonan selain menerima lebih 1,194 reaksi pengguna Tiktok.

Sementara itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung kejadian malang itu dengan ada daripada mereka turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

“Pernah cari Petronas, dia bawa pergi bengkel Petronas,” kongsi CEO OF EXPOSE.

“Pernah kena juga, nak pergi bancian rumah orang, dia bawa pergi tanah perkuburan,” kata Mizz Jana.

“Lain kali, cari stesen minyak terdekat di Waze, lebih mudah dan akan bawa terus ke lokasi,” saran Abang Bob. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI