fbpx

Sultan Johor, TMJ tiba istana Bukit Serene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Sultan Ibrahim tiba di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 2.54 petang. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene tepat pada pukul 2.54 petang, sebentar tadi.

Baginda dilihat memasuki pekarangan itu dengan menaiki kenderaan jenis Rolls-Royce sambil diiringi kenderaan pengiring.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut dilihat memasuki pekarangan istana berkenaan pada pukul 2.40 petang.

Difahamkan, Menteri Besar Johor yang baharu akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 3 petang ini untuk ditauliahkan secara rasmi.

Sejak semalam, isu pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan juga parti politik susulan terdapat tiga nama disebut-sebut bakal memegang jawatan itu.

Ketiga-tiga mereka ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad; bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi.

Onn Hafiz, 44, adalah individu paling hampir dengan spekulasi tersebut kerana beliau merupakan pemimpin muda dan berpengalaman sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika pentadbiran Hasni sejak Mac 2020.

Difahamkan, Onn Hafiz telah berada di dalam Istana Bukit Serene dengan memasuki istana itu melalui pintu belakang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI