fbpx

Selangor hasrat keluarkan kad pengesahan lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri berhasrat mahu mengeluarkan kad pengesahan lengkap vaksinasinya kepada rakyat Selangor yang sudah divaksinasi sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan tersebut selepas mendakwa pihak pengendali MySejahtera mengenakan caj bagi mengeluarkan sijil di dalam aplikasi MySejahtera.

“Kita tidak dimaklumkan mengenai hal caj ini daripada pihak MySejahtera sebelum ini dan tidak adil untuk mereka buat macam ini.

“Bagaimanapun, rundingan lanjut diantara pihak kerajaan negeri dan pihak terbabit berhubung perkara ini sedang berlangsung,” katanya dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaliah Jamaluddin (PH-Bandar Utama) berhubung isu terdapat beberapa rakyat negeri itu yang masih belum mendapat sijil vaksinasi meskipun sudah lengkap divaksinasi.

Sementara itu, Siti Mariah mememberitahu, kerajaan negeri masih mempunyai 63,132 dos vaksin Sinovac ketika ini dengan tarikh luput kesemua dos tersebut adalah pada tahun depan.

“Kerajaan negeri akan meneruskan program Vaksin Selangor (SelVAX) yang termasuk program SelVAX Kids, iaitu program pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur lima tahun.

“Rakyat Selangor akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan baki dos ini, memandangkan warga asing boleh mendapatkan vaksin SelVAX Industri,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI