fbpx

Malaika Arora tidak kisah semakin berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAIKA ARORA

PELAKON jelita Malaika Arora yang suatu ketika dahulu pernah mendapat gelaran ‘aktres simbol seks’ mengakui selesa dengan gelaran tersebut walaupun telah bergelar seorang ibu.

Ujar pelakon berusia 48 tahun itu, walaupun tubuhnya kini mempunyai kesan parut pembedahan ketika melahirkan anak sulungnya, ‘kecacatan’ tersebut sedikit pun tidak membuatkan dirinya berasa kurang senang.

“Saya kini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Arhaan Khan yang sudah pun berusia 19 tahun.

“Sejak dahulu lagi saya memang sudah dikenali dengan gelaran sebegitu (simbol seks) kerana tampil dengan imej seksi,” katanya.

Adakalanya, pelakon filem Om Shanti Om itu juga berasa lebih selesa untuk tampil sederhana dengan imej membosankan.

“Kini rambut saya sudah mulai beruban dan saya tidak kisah tentangnya. Rambut putih (uban) itu menjadi lambang saya semakin berusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI