fbpx

Pelantikan MB bergantung hasil pertemuan dengan Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad.

JOHOR BAHRU – Proses penyerahan watikah serta pelantikan Menteri Besar Johor ke-19 adalah bergantung kepada hasil pertemuan Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada petang hari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, iitu merupakan sebahagian proses bagi pelantikan Menteri Besar.

Hasni berkata, beliau tidak bersama dengan Ahmad Zahid yang dijangka dilakukan pada petang ini di lokasi yang tidak ketahui.

“Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Istana Johor, Presiden (BN) menghadap Sultan Johor.

“Soal bila pelantikan Menteri Besar itu bergantung kepada pertemuan Ahmad Zahid bersama Sultan Johor pada petang tadi,” katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO di Jalan Yahya Awal, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Hasni di Bangunan UMNO sebelum berlepas menghadap Sultan Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI