fbpx

Pendekatan Aidil buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL (kiri) memberi peluang kepada pemain-pemain muda beraksi ketika KDA FC menewaskan Sains FC 4-0 pada aksi Piala FA di Stadium Darul Aman kelmarin. – KDA FC

“Saya perlu berlaku adil kepada pemain! Demikian reaksi pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak yang me­nurunkan ramai pemain muda ketika menewaskan Sains FC 4-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Aman kelmarin.

Malah, pendekatan yang diambil jurulatih dari Singapura itu juga turut mendapat pujian daripada rakan sejawatnya, Leong Hong Seng, namun kualiti pada pemain kedua-dua pasukan jelas menjadi perbezaan.

“Kami tetap menghormati semua pertandingan, tidak kira liga mahupun Piala FA. Memang kami rancang untuk tidak menggunakan pemain import kerana saya juga perlu beri peluang kepada pemain tempatan khususnya pemain muda untuk dapatkan pengalaman dan merasai yang mereka adalah sebahagian daripada pasukan.

“Sebagai jurulatih, saya ambil tanggungjawab ini dan mahu berlaku adil kepada pemain selepas pamer kerja keras dalam latihan. Sudah tentu mereka juga mahu bermain dan secara langsung, jika pemain import cedera mereka sudah pun bersedia untuk diturunkan.

“Kami tidak hanya bergantung kepada 11 pemain. Yang penting, pemain muda yang diturunkan dapat belajar dan tidak boleh berhenti setakat ini saja,” katanya.

Mohammad Fayadh ­Zulkifli dan Mohammad Amer Azahar muncul hero KDA FC apabila masing-masing menghasilkan dua gol.

Sementara itu, Hong Seng lega kerana anak buahnya tidak di­belasah dan menegaskan, keha­diran Sains FC adalah mahu beri tentangan kepada tuan rumah.

“Syabas kepada KDA FC ke­rana turunkan pemain tempatan dan kita boleh bersaing dengan mereka. Pengalaman dan kualiti membezaan kedua-dua pasukan kerana pasukan kami hanya dibarisi pemain amatur serta kakitangan (Syarikat Air Negeri Sembilan).

“Kami datang ke sini untuk dapatkan pengalaman tetapi bukan untuk parkir bas sebaliknya akan cuba serang balik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI