fbpx

71 kanak-kanak warga Filipina tanpa dokumen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee ketika meninjau operasi di kawasan penempatan setinggan berhampiran pinggir Sungai Likas awal pagi tadi. -Foto : Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seramai 71 kanak-kanak berumur dua hingga 10 tahun antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan di penempatan setinggan berhampiran pinggir Sungai Likas awal pagi tadi.

Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 117 PATI warga Filipina yang ditahan selepas mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Operasi bermula pukul 12 tengah malam melibatkan 69 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu diketuai sendiri Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

“Sepanjang operasi dijalankan, seramai 124 individu diperiksa di mana 117 ditahan terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 24 wanita dewasa dan 71 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Keseluruhan kanak-kanak ini adalah satu jumlah yang ramai dan mereka berusia antara dua hingga 10 tahun.

“Hasil semakan pegawai Imigresen turut mendapati semua mereka ini tidak bersekolah,” katanya ketika sidang media selepas hadir pada operasi di penempatan setinggan di Likas awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI