fbpx

Russell bimbang kebangkitan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSEL percaya Ferrari mampu memberi saingan kepada Mercedes dan Red Bull dalam perebutan takhta kejuaraan dunia F1 kategori pengeluar pada musim ini.

SAKHIR – Pelumba pasukan Mercedes AMG, George Russell mengakui bimbang dengan kemampuan Ferrari menjelang perlumbaan sulung Formula Satu (F1) musim 2022 pada Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain hujung minggu ini.

Bekas pemandu Williams itu percaya Ferrari mampu memberi saingan kepada Mercedes dan Red Bull dalam perebutan takhta kejuaraan dunia kategori pengeluar pada musim ini.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat dalam beberapa sesi ujian pramusim sebelum ini, Russell merumuskan pasukan dari Itali itu memiliki aura tersendiri selain sangat laju.

“Ferrari kelihatan cukup bertenaga serta bersedia untuk perlumbaan pertama musim ini. Saya lihat jentera mereka sangat laju tidak kira dalam apa sahaja keadaan.

“Apa yang pasti, mereka mengambil pendekatan cukup berbeza berbanding pasukan-pasukan lain. Saya anggap ini sebagai amaran dan kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Meskipun memuji kemampuan Ferrari, namun pelumba Britain itu tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pasukannya, lebih-lebih mereka me­lakukan ubah suai pada jentera sehingga menimbulkan gerun terhadap pasukan lain.

“Bagi saya, jentera Mercedes sangat menarik. Saya bangga dengan pasukan ini kerana mereka bekerja keras untuk menyelesaikan setiap masalah menerusi inovasi-inovasi terbaharu,” ujar Russell. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI