fbpx

Bekas pemain hoki kebangsaan meninggal dunia selepas perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Sivabalan

IPOH – Bekas pemain hoki negara era 80an, S. Sivabalan, 59, meninggal dunia setelah rebah selepas menyertai perlawanan hoki di padang bola sepak di Bandar Siber, Simpang Pulai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri semasa berehat di tepi tembok padang bola berkenaan.

Mendiang juga pernah bermain bagi pasukan hoki TNB atau lebih dikenali sebagai Kelab Kilat dan beraksi dalam Liga Hoki Malaysia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian menimpa kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Klang itu pada pukul 4.05 petang.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi untuk pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki telah terbaring di tepi padang bola sepak tersebut.

“Menurut saksi yang juga anak saudara mangsa, bapa saudaranya telah bermain dua perlawanan yang mana setiap perlawanan berlangsung selama enam minit.

“Setelah perlawanan masa pertama tamat, mangsa bersama anak saudaranya berehat di tepi tembok padang namun lelaki itu secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anak saudara mangsa dibantu beberapa peserta lain cuba memberi pertolongan cemas kepada lelaki itu namun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Katanya, pemeriksaan juga dilakukan ke atas lelaki itu oleh pasukan perubatan namun tidak menjumpai sebarang kesan jenayah pada tubuh mangsa.

“Mangsa dan anak saudaranya berasal dari Klang, Selangor dan mereka datang bersama ke sini untuk menyertai pertandingan hoki veteran anjuran sebuah persatuan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI