fbpx

Elon Musk lancar 48 satelit Starlink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN 48 satelit Starlink dilakukan 9 dari stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di negeri Florida pada Rabu lalu. - SpaceX

TALLAHASSEE, FLORIDA – Bilionair Elon Musk dilaporkan melancarkan 48 lagi satelit Starlink ke orbit Bumi pada Rabu lalu, lapor laman berita Wion News.

Satelit-satelit itu dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 dari stesen Angkasa Cape Canaveral di negeri Florida pada pukul 9.45 malam (waktu tempatan). 

“Sebanyak 48 lagi satelit Starlink telah tiba di orbit,’’ kata Musk menerusi ciapan di laman Twitter.

“Masa untuk membiarkan batang penyapu Amerika Syarikat (AS) terbang dan mendengar bunyi kebebasan,’’ kata pengarah pelancaran SpaceX semasa siarang langsung pelancaran. 

Kata-kata berkenaan ditujukan kepada ketua agensi angkasa Rusia, Dmitry Rogozin yang berkata pada minggu lalu: ‘’Biarkan mereka (agensi angkasa lepas Barat) terbang dengan sesuatu yang lain, batang penyapu mungkin.’’ 

Beliau berkata demikian selepas Rusia menghentikan penjualan enjin roketnya kepada AS selepas Washington melaksanakan sekatan terhadap Moscow berikutan pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Menurut SpaceX, pelancaran pada Rabu lalu itu menandakan penerbangan dan pendaratan kali keempat oleh roket Falcon 9, lapor Space.com.

Starlink merupakan rangkaian satelit yang diletakkan oleh SpaceX di orbit rendah Bumi. Syarikat itu telah melancarkan lebih daripada 2,000 Starlink sejak 2019 dan banyak lagi dalam masa terdekat.

SpaceX mempunyai kebenaran untuk melancarkan 12,000 satelit Starlink dan telah memohon kelulusan sehingga 30,000 lagi, kata laporan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI