fbpx

26,457 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 26,457 kes dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,393,999 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan 30,787 kes dengan 229 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 10,921 kes (35.47 peratus), kategori dua sebanyak 19,642 kes (63.80 peratus), kategori tiga sebanyak 93 kes (0.30 peratus), kategori empat sebanyak 74 kes (0.24 peratus) dan kategori lima 57 kes (0.19 peratus).

“Daripada 224 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes (25.89 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 94 kes (41.96 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 72 kes (32.14 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 122 kes (54.46 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 96 kes (42.86 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (0.89 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 389 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 229 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI