fbpx

Tekun bantu 88 usahawan bagi pinjaman lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) menyampaikan Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia kepada seorang penerima di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional telah membantu seramai 88 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara bagi mendapatkan kelulusan pinjaman melebihi RM100,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan pinjaman itu diberikan menerusi Program Groom Big yang diadakan sejak tahun lalu.

Beliau berkata, menerusi program tersebut, Tekun Nasional membantu usahawan terbabit untuk mendapatkan pinjaman secara automatik daripada institusi pinjaman yang lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), SME Bank dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad

“Tekun Nasional hanya boleh memberi pinjaman tidak melebihi RM100,000, namun jika usahawan mahu membuat pinjaman RM500,000 atau RM1 juta untuk mengembangkan perniagaan, mereka boleh membuat pinjaman dengan institusi lain.

“Program Groom Big ini menggalakkan usahawan meminjam kepada institusi lain, dasar kita mudah, mana-mana usahawan yang disahkan dan disokong oleh pihak pengurusan Tekun Nasional, usahawan ini secara automatik diberikan pinjaman dengan institusi berkenaan.

“Setakat ini, seramai 88 usahawan usahawan sudah mẹmbuat pinjaman menerusi Groom Big membabitkan nilai keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan mencecah RM11 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama usahawan Tekun Nasional di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 12 usahawan kecil dan sederhana telah menerima Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI