fbpx

Haiza hanya jadi pilihan kedua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIZA

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sebuah ciapan Twitter milik Haiza menjadi bahan bualan ramai.

Mana tidaknya, dalam ciapan tersebut dia meluahkan rasa syukur walaupun sering menjadi penyanyi ganti bagi artis lain.

“Sudah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir apabila ada artis lain yang batalkan persembahan.

“Maka nama kita yang bawah-bawah barulah naik hanya nak ganti sahaja. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT bagi walaupun hanya sebagai ganti,” ciapnya.

Secara dasar jika dibaca memang dia bersyukur tapi realiti, hanya tuan punya badan sahaja yang melalui kerana acapkali diminta menjadi pengganti.

Mungkin ini juga yang dikatakan dalam rezeki orang lain, ada rezeki kita. Rasa-rasanya, selain Haiza, Elly Mazlein juga antara selebriti yang sering menjadi pengacara ganti untuk sesetengan program.

MIZZ LAHAR: Daiyan Trisha sampai menangis SOG menang AJL36. Terharu dan bangga katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI