fbpx

PM arah Mosti kaji benih padi tahan lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyampaikan replika benih padi IS21 kepada wakil Komuniti sempena Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba di Kampung Semaloi, Endau Mersing hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

MERSING – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) diarah membangunkan penggunaan varieti benih padi yang tahan lasak terutama bagi menghadapi bencana banjir yang tidak menentu ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa negara seperti Filipina dan India sudah menggunakan padi tersebut yang didapati tidak rosak apabila ditenggelami air untuk beberapa ketika.

Kata beliau, Mosti dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga diminta mengkaji benih padi yang tidak memerlukan penggunaan air yang banyak bagi menjimatkan kos.

“Kita sebagai negara yang tidak menentu bila berlaku banjir ketika ini, kadang-kadang waktu padi sedang meranum tiba-tiba ditenggelami air dan akhirnya padi atau anak-anak padi musnah.

“Saya minta Mosti lihat perkara ini iaitu (kalau berlaku) banjir sekali pun tanaman padi tidak rosak bila ditenggelami air. Ini juga boleh bantu pesawah mengelak kerugian seperti baru-baru ini banyak padi di sawah musnah akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan 500 guni benih padi IS21 seberat 20 kilogram (kg) setiap satu kepada wakil komuniti Endau di Felcra Seri Mahkota, Endau, hari ini.

Kata Perdana Menteri, sewaktu beliau berada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dahulu, beberapa rancangan untuk menghasilkan benih-benih padi yang boleh meningkatkan pendapatan pesawah telah dilakukan.

“MARDI misalnya telah buat kajian iaitu menanam padi tidak di dalam sawah yang perlukan air bertakung, ia hanya perlu disiram sahaja seperti siram pokok bunga dan tak perlu tali air.

“Kajian telah dilaksanakan dan ujian untuk padi ini telah saya lancarkan di Pulau Pinang dahulu iaitu padi tanpa guna air yang banyak. Cuma ketika itu dari segi hasil agak rendah iaitu tiga hingga empat tan sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI