fbpx

Kanak-kanak alami sindrom rambut tidak boleh disikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCKLAN Samples menjadi sensasi di media sosial disebabkan rambutnya yang tegak. - Instagram

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak lelaki negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) menghidap sejenis sindrom rambut tidak boleh disikat (UHS) sehingga menyebabkan ia kalis air, lapor laman berita Wion News semalam.

Rambut perang kanak-kanak lelaki bernama Locklan Samples dan berusia 14 bulan itu berdiri tegak sehingga memudahkan ibunya, Katelyn Samples, untuk menjaganya kerana hanya perlu dicuci sekali seminggu.

“Rambut itu kalis air, jadi ia mengambil masa seminit untuk menyerap air dan syampu yang lembut,’’ kata Katelyn.

Menurut laporan, keadaan itu amat jarang berlaku dan hanya terdapat 100 kes di seluruh dunia. Bahkan, ada yang percaya bahawa gaya rambut saintis terkenal, Albert Einstein juga disebabkan oleh UHS.

Tambah Katelyn, ketika Locklan berusia lima bulan, rambutnya mula tumbuh lurus menegak, sangat lembut dan berwarna kabur.

“Ketika rambut itu terus memanjang, ia tidak pernah jatuh ke bawah. Orang yang melihatnya memanggilnya anak ayam,’’ jelas Katelyn.

Pakar pediatrik merujuk kes Locklan kepada pakar dermatologi di Universiti Penyelidikan Emory, dan kanak-kanak itu kemudian disahkan menghidap UHS. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI