fbpx

8 bongkah batu hentam 8 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan bongkah batu jatuh dari atas bukit menyebakan lapan kenderaan dihempap dalam kejadian di parkir kenderaan di pangsapuri Taman Bukit Permai di sini hari ini.

AMPANG JAYA – Lapan bongkah batu bergolek dari atas bukit sebelum menghentam lapan kenderaan di parkir pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul  4.30 petang berhubung kejadian itu.

Katanya, pasukan dari Balai Polis Ampang Jaya, pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bergegas ke tempat kejadian.

“Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdapat bongkah batu jatuh dari atas bukit dan menghempap kenderaan di parkir pangsapuri Taman Bukit Permai.

“Pihak polis mendapati terdapat lapan ketulan bongkah batu menghempap lapan kenderaan dalam kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai unsur khianat atau disengajakan setelah pihak bomba dan MPAJ membuat pemeriksaan di kawasan tersebut. Kes kejadian dianggap sebagai bencana alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Farouk berkata, polis tidak membuka kertas siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh seorang pengadu setelah kes kejadian diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain (ROA).

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan cuaca yang tidak menentu dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok kerana kekerapan berlaku pokok tumbang disebabkan oleh angin kencang dan hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI