fbpx

NATO dapat lampu hijau bekal jet pejuang kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS memberi lampu hijau kepada Poland untuk membekalkan jet pejuang ke Ukraine, seperti MiG-29 yang digambarkan di atas. - File Image

WASHINGTON – Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) memberi ‘lampu hijau’ kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk membekalkan jet pejuang kepada Ukraine, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin.

Namun begitu, Rusia memberi amaran mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang memberi bantuan pesawat tempur kepada Kiev.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menandatangani perjanjian dengan Poland dan negara lain untuk menghantar jet MiG buatan Rusia mereka untuk membantu pasukan pertahanan Ukraine.

Poland dilaporkan telah meminta AS menghantar pejuang F-16 bagi menggantikan mana-mana jet MiG era Soviet yang dibekalkannya untuk Kiev..

“Bantuan ini mendapat lampu hijau White House dalam usaha mengekang kemaraan tentera Rusia di Ukraine.

“Malah, kami sedang bercakap dengan Poland tentang apa yang boleh dilakukan untuk memenuhi keperluan mereka jika mereka memilih menyediakan jet pejuang kepada Ukraine,” kata Blinken.

Beliau menambah bahawa anggota NATO dan Kumpulan Tujuh (G7) sedang bekerjasama untuk menekan Kremlin dengan memperkenalkan lebih banyak sekatan dalam masa beberapa hari akan datang.

“Malangnya, saya rasa kita semua perlu bersedia untuk menerima bahawa perkara ini akan berterusan untuk satu tempoh yang lama,” katanya.

Bagaimanapun,  Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan amaran kepada mana-mana sekutu NATO yang mempertimbangkan untuk membantu Ukraine.

“Kami tahu pasti bahawa pesawat tempur Ukraine telah terbang ke Romania dan negara jiran lain.

“Penggunaan rangkaian lapangan terbang negara-negara ini untuk mendasarkan penerbangan ketenteraan Ukraine dengan penggunaan kekerasan berikutnya terhadap tentera Rusia boleh dianggap sebagai penglibatan negara-negara ini dalam konflik bersenjata,” kata jurucakap, Igor Konashenkov.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Barat sekali lagi mengenakan zon larangan terbang selepas lapan peluru berpandu Rusia memusnahkan lapangan terbang awam di Vinnytsia.

“Jika anda memberi kami sekurang-kurangnya pesawat supaya kami dapat melindungi diri kami, hanya ada satu perkara yang perlu disimpulkan iaitu anda mahu kami dibunuh dengan dengan perlahan-lahan,” kata Zelensky. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI