fbpx

Xavi gesa Barcelona terus berjuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY meraikan gol kemenangan ketika Barcelona menewaskan Elche 2-1 pada aksi La Liga di Stadium Manuel Martinez Valero malam kelmarin. – AFP

ELCHE – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menggesa barisan pemainnya untuk terus berjuang selepas menang 2-1 ke atas Elche pada aksi La Liga di Stadium Manuel Martinez Valero malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Elche yang turun sebagai tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Fidel Chaves sebelum The Catalans bangkit dengan dua gol hasil jaringan Ferran ­Torres dan Memphis Depay.

Kemenangan itu sekali gus menghidupkan peluang Barcelona untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas liga selepas menampilkan aksi agak goyah pada awal saingan.

Meskipun gembira dengan keputusan itu, namun Xavi jelas bimbang memandangkan mereka bergelut untuk memastikan kemenangan ke atas pasukan pertengahan liga tersebut.

“Semua pemain sudah berikan lebih daripada 100 peratus serta bekerja keras dalam perlawanan hari ini (kelmarin), namun ia masih belum mencukupi jika dibandingkan dengan aksi-aksi terdahulu.

“Walaupun kami menang hasil sepakan penalti Memphis (Depay) tetapi ia sudah mencukupi bagi memastikan Barcelona terus berjuang untuk memperbaiki kedudukan dalam liga,” kata legenda The Catalans itu.

Barcelona berpeluang untuk mengukuhkan cengkaman dalam kelompok empat teratas liga apabila berada di kedudukan ketiga dengan berkongsi 48 mata bersama pasukan tangga keempat, Atletico Madrid, namun kurang satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI