fbpx

Eskalator LRT Putra Ampang Park terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan eskalator di Stesen LRT Putra Ampang Park, Jalan Ampang dekat sini yang terbakar awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Litar pintas yang berlaku pada suis box kawalan dipercayai punca eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Ampang Park, Jalan Ampang dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, kejadian itu dipercayai bermula pada suis kawalan dan ada kena mengena dengan litar pintas sebelum terbakar.

“Kebakaran itu telah menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbung. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Justeru itu, pihak pengurusan telah menutup operasi eskalator kepada orang ramai sebagai langkah keselamatan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI