fbpx

Derma Gigi Hadid untuk mangsa perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gigi mahu terus membantu mangsa perang di Ukraine dan Palestine. - Google

BANDARAYA NEW YORK – Supermodel antarabangsa, Gigi Hadid berjanji untuk mendermakan bayaran yang diterima di pentas peragaan Minggu Fesyen kepada golongan yang terjejas  akibat perang di Ukraine, lapor akhbar MailOnlie semalam.

Gigi berkongsi beberapa gambar mangsa perang di Ukraine daripada  pelbagai program dan berkata,  dia melakukan  sumbangan yang agak besar bagi membantu mereka yang memerlukan.

Ikon fesyen itu menjelaskan bahawa walaupun kerjayanya hanya di pentas peragaan, dia berasa bertanggungjawab untuk turut menghulurkan bantuan.

Kali ini, dia melakukannya dengan menyumbang pendapatan penuh yang diterima daripada kempen fesyen Musim Gugur 2022 kepada organisasi-organisasi  kebajikan Ukraine.

Dia juga menyatakan bahawa akan terus menyokong mereka yang mengalami perkara yang sama di Palestin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI