fbpx

20 tahun beza usia, Bradley, Gigi bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bradley dan Gigi kini dikatakan menjalin hubungan cinta selepas 'ditangkap' banyak menghabiskan masa bersama.

MODEL terkenal Gigi Hadid kembali menuai perhatian selepas dilihat keluar menikmati makan malam bersama pelakon Bradley Cooper.

Kedua-dua bintang popular itu dilihat meluangkan masa bersama di New York, Amerika Syarikat pada 8 Oktober lalu.

Menerusi beberapa keping foto yang tular, pelakon berusia 48 tahun itu dilihat memandu SUV jenis Mercedes-Benz berwarna hitam miliknya, manakala Hadid berada di kerusi penumpang bahagian hadapan kereta tersebut.

Kemesraan antara Cooper dan Hadid sekali gus menyebabkan ramai peminat beranggapan bahawa mereka kini dalam fasa menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, baik Cooper mahupun Hadid, masing-masing belum memberikan sebarang kenyataan tentang hubungan rapat antara mereka berdua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI