fbpx

Mora kecewa taktikal Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON DA SILVA (kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika JDT menewaskan Penang FC pada aksi kelmarin. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora amat kecewa dengan taktikal rakan sejawatnya, Tomas Trucha ketika Penang FC dianggap se­perti tidak berminat untuk bermain bola sepak apabila bertahan sepanjang masa.

Mora memberitahu, mereka bukan sahaja menggunakan taktikal ‘parkir bas’ di kawasan sendiri, malah turut membuang banyak masa apabila pemain Harimau Kumbang kerap ‘terce­dera’.

Katanya, tindakan tersebut menjadikan perlawanan itu menjadi hambar dan sudah pasti mengecewakan para penonton yang hadir untuk menyaksikan satu aksi yang lebih menarik.

“Sebagai pemain yang bermain di liga profesional, semua pasukan harus menampilkan aksi terbaik dengan corak permainan menghiburkan untuk mereka yang datang menyaksikan perlawanan.

“Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila hampir semua pemain mereka berada dalam kotak penalti sendiri. Mereka tidak menyerang bahkan pemain pertahanan kami turut berada di bahagian atas untuk membantu serangan.

“Saya tidak ada masalah jika mereka bermain seperti itu, tetapi jika ini berlaku sepanjang perlawanan, mereka seperti tidak berminat untuk bermain dan tindakan inilah yang merosakkan permainan,” katanya.

Pemain te­ngah JDT, Natxo Insa turut senada dengan Mora apabila menganggap Penang merosakkan keindahan permainan bola sepak, sekali gus menghancurkan hasrat penonton yang mahukan aksi terbaik dipersembahkan.

“Saya bersimpati dengan penyokong yang sanggup datang dari jauh. Keindahan bola sepak sudah mati disebabkan corak permainan seperti ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI