fbpx

Lelaki Poland kalis kesejukan, berendam dalam ais lebih tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALERJAN Romanovski memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan menghabiskan 3 jam, 35 minit dengan menenggelamkan badan di dalam ais. - Guinness World Records

VILNIUS, Lithuania – Seorang lelaki Poland memecahkan Guinness World Records dengan menenggelamkan badannya di dalam ais selama 3 jam 28 minit di Lithuania, lapor United Press International (UPI) semalam.

Valerjan Romanovski memasuki tangki kaca dipenuhi ais di Wilenski dalam percubaan untuk memecahkan rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Romain Vandendorpe dari Perancis selama 2 jam 35 minit dan 33 saat.

Lelaki itu berkata, dia telah berlatih untuk rekod itu selama enam bulan. 

“Saya berdepan dengan kesejukan selama bertahun-tahun. Setengah tahun sebelum melakukan percubaan ini, saya memutuskan untuk menguji kekuatan sendiri,’’ kata Romanovski kepada Guinness.

“Saya melakukan banyak latihan sebelum memutuskan untuk mencapai rekod ini,’’ jelasnya. 

Romanovski sebelum ini memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh berbasikal secara ‘off-road’ dengan catatan masa 12 jam dan jarak perjalanan 314.64 kilometer.

“Saya bersedia memecahkan rekod dunia berendam dalam ais seperti berbasikal. Persediaan untuk mencapai kedua-dua kejayaan ini dilakukan melibatkan latihan, rehat dan pemulihan tenaga. 

“Latihan tidak sukar bagi saya. Badan saya bersedia untuk itu. Saya sukakan cabaran baharu. Saya gunakan pengetahuan paramedik, saintifik dan perubatan,’’ kata Romanovski. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI