fbpx

Britain kumpul derma RM300 juta dalam masa 24 jam untuk Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Ukraine berehat di sebuah pusat beli-belah kosong di Przemysl, Poland, kelmarin, ketika menanti untuk dipindahkan ke destinasi lain. – AFP

LONDON – Wang sebanyak £55 juta (RM304.2 juta) hasil sumbangan orang ramai  berjaya dikumpulkan di Britain dalam tempoh hanya 24 jam untuk disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan  kebajikan bagi membantu penduduk Ukraine yang terjejas dalam peperangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC), beratus-ratus ribu individu memberikan sumbangan dalam masa beberapa jam termasuk monarki  Britain, Ratu Elizabeth II.

Baginda dilaporkan membuat sumbangan itu bersama-sama Putera Charles dan Putera William.

Jumlah itu adalah termasuk dana £20 juta (RM110 juta) yang disumbangkan oleh kerajaan Britain sebagai sebahagian daripada inisiatif dinamakan UK Aid Match. Ia merupakan sumbangan terbesar yang pernah disalurkan kepada DEC menerusi skim tersebut.

Ketua Eksekutif DEC, Saleh Saeed berkata, pihaknya amat menghargai kemurahan hati penduduk serta keluarga diraja Britain yang menyokong inisiatif kebajikan itu.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada kerajaan Britain serta rakan kerjasama penyiaran dan kalangan selebriti kerana menyiarkan dan menyertai rayuan bantuan ini kepada berjuta-juta penonton serta pendengar,” katanya. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI