fbpx

SAY, YRMS aktif bantu masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU AMIR (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga baru-baru ini.

SHAH ALAM – Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) telah membantu seramai 50,405 orang khusus­nya daripada keluarga B40, pelajar, peniaga kecil dan petugas barisan hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan tersebut diterima daripada orang ramai dan juga daripada pelbagai syarikat korporat termasuk daripada Sunway Group.

Jelasnya, Program Kita Bantu adalah inisiatif SAY serta YRMS untuk membantu kumpulan sasaran ekoran pandemik Covid-19 dan yang terkini melibatkan bantuan untuk mangsa banjir di Selangor yang berlaku pada bulan Disember tahun lalu.

“Kali ini, sumbangan telah diterima daripada Lau Gek Poh Foundation.

“Sumbangan tersebut berupa barang makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barangan elektrik seperti jag elektrik, dapur gas dan periuk nasi serta peralatan pembersihan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas di sekitar Selangor,” katanya.

Sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh wakil yayasan tersebut, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad, Gary Pang kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Majlis penyerahan yang diadakan di Kampung Kebun Bunga di sini baru-baru ini me­libatkan seramai 50 keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN