fbpx

Minamino muncul wira Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO (kiri) meledak dua gol ketika membantu Liverpool mara ke suku akhir Piala FA menewaskan Norwich 2-1 awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Takumi Minamino berjaya meledak dua gol untuk membantu Liverpool menang 2-1 ke atas Norwich City di pu­singan kelima Piala FA awal pagi semalam.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp melabel prestasi Minamino pada perlawanan itu adalah yang terbaik pernah dipamerkannya sekaligus membawa pa­sukan itu ke saingan suku akhir.

Pengendali dari Jerman itu mengakui peranan dimainkan oleh bintang antarabangsa Jepun itu cukup besar buat pasukan seperti yang pernah dipamerkan ketika kempen Piala Liga Inggeris.

“Taki (Minamino) seorang pemain yang luar biasa dan sudah pasti malam ini (semalam) adalah aksi terbaiknya. Dia mempamerkan permainan yang baik dan saya begitu gembira untuk melihat aksinya.

“Tanpanya, kami tidak akan mara ke suku akhir dan tanpanya juga kami tidak mampu ke final Piala Liga Inggeris,” katanya.

Kedua-dua gol daripada Minamino dihasilkan pada babak kedua dan gol saguhati Norwich City dijaringkan oleh Lukas Rupp di pertengahan babak kedua.

Sementara itu, James Milner juga senada dengan Klopp dan menyifatkan Minamino sebagai pemain yang memiliki karakter di dalam bilik persalinan.

“Dia seorang pemain yang baik, memiliki sikap sabar. Persaingan dalam padang sentiasa akan ada dan dia bersedia untuk menghadirkan sesuatu. Saya begitu gembira setiap kali dia menjaringkan gol,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI