fbpx

Jaga isteri lumpuh separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rajman (tengah) menjaga isterinya yang lumpuh selepas diserang strok ketika ditemui di rumah pasangan itu di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Seorang lelaki cekal menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas serangan angin ahmar di rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini sejak lebih setahun lalu.

Selain menjaga isteri, Mohd. Rajman Mohamed, 50, yang menghidap penyakit saraf dan kencing manis sejak dua tahun lalu turut mengambil alih tanggungjawab menguruskan tiga anaknya yang masih bersekolah.

Mohd. Rajman berkata, iste­rinya, Asmaniza Mohd. Samsudin, 47, kini terlantar dan tidak dapat bergerak selepas diserang strok.

Disebabkan berat badan wa­nita itu mencecah 100 kilogram, Asmaniza hanya boleh mengengsot atau dipapah sekiranya mahu ke bilik air.

“Saya perlu menguruskan ke­perluan di rumah setiap hari termasuk memasak dan membasuh pakaian.

“Sebelum ini, isteri saya menghidap penyakit darah tinggi, namun dia tiba-tiba rebah sebelum diserang angin ahmar sehingga menyebabkan bahagian kiri badannya lumpuh,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahya kelmarin.

Mohd. Rajman memberitahu, penyakit saraf yang dihidapinya membuatkan dia berasa cepat penat selain tidak dapat membuat kerja berat.

“Sebelum ini, saya bekerja di ladang kelapa sawit di daerah ini. Selepas menghidap pelbagai penyakit dan ditambah pula menjaga isteri, saya sudah tidak dapat meneruskan pekerjaan tersebut,” katanya.

Mohd. Rajman sekeluarga kini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan.

“Wang (bantuan) itu memang tidak cukup untuk perbelanjaan bulanan, malah saya terpaksa berhutang membeli barangan di kedai runcit,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd. Rajman boleh berbuat demikian menerusi akaun Agrobank bernombor 1006731000066455 atas nama Mohd. Rajman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI