fbpx

UiTM FC tampil 100 peratus pemain tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain UiTM FC yang diperkenalkan pada hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pasukan UiTM FC mengambil pendekatan berbeza tahun ini dengan tampil 100 pemain tempatan bagi mengharungi Liga Premier musim ini.

Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Mohd. Sazaili Shahibi berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar universiti itu menunjukkan bakat mereka.

“Saya akan lihat dahulu prestasi pasukan sehingga pertengahan musim dan sekiranya ada kelemahan dalam posisi tertentu, saya akan pertimbangkan untuk merekrut pemain import bagi menguatkan posisi berkenaan.

Mohd. Sazli (kanan) beramah mesra dengan barisan pemain UiTM FC yang diperkenalkan dalam majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi FC di UiTM Shah Alam, hari ini.

“Namun, ia bergantung kepada peruntukan yang diterima pasukan,” katanya ketika majlis memperkenalkan pemain dan jersi UiTM FC bagi musim 2022 di UiTM Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sazali, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kepada The Lion Troops itu memandangkan majoriti pemain adalah kali pertama beraksi dalam pertandingan kompetitif.

Namun, beliau tetap berharap kesemua pemain yang dipilih menunjukkan komitmen dan semangat juang tinggi sepanjang musim ini kerana membawa nama universiti.

“Kita pilih pemain dalam kalangan pelajar diploma, ijazah sarjana muda dan juga alumni universiti yang mahu mewakili pasukan. Apapun, harapan saya semua pemain akan bermain bersungguh-sungguh setiap kali beraksi,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI