fbpx

Lelaki terlantar diuji masalah jantung bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin kini terlantar selepas lumpuh separuh badan semasa dikunjungi Amirudin di rumahnya di Jalan Baharu, Parit Buntar baru-baru ini.

PARIT BUNTAR – Semasa sihat, segala urusan termasuk menyara empat anak saudara yang merupakan anak yatim digalas Khairudin Mohd. Lazim.

Khairudin, 44, yang masih bujang tinggal di rumah pusaka milik keluarganya di Jalan Baharu di sini.

Rumah yang dipisahkan kepada dua bahagian itu turut didiami empat anak saudaranya bersama-sama ibu mereka yang juga adik ipar Khairudin.

Menurut Khairudin, kehidupannya berubah selepas dia di­serang strok sehingga menyebabkan separuh badannya lumpuh dan kini terlantar kerana tidak boleh bergerak.

“Sebelum ini, saya bekerja sendiri dengan mengambil upah menoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung.

“Dengan rezeki yang ada, saya mengambil tanggungjawab me­nyara empat anak saudara berusia empat hingga 16 tahun yang tinggal bersebelahan rumah ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelas Khairudin, biarpun pendapatannya tidak besar, namun upah yang diterima cukup untuk menampung keperluannya dan anak-anak saudara biarpun tidak semewah orang lain.

Disebabkan strok, Khairudin kini terpaksa bergantung hidup dengan adik iparnya, Marzaitul Azura Nazri, 40, yang mengambil upah bekerja di sebuah gerai makan dengan pendapatan seba­nyak RM20 sehari.

Selain strok, Khairudin turut diuji apabila dia mengalami sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati jantungnya mengalami kebocoran.

Khairudin bernasib baik kerana kesusahannya mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang tampil menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai Baitulmal MAIPk Parit Buntar, Amirudin Osman berkata, pihaknya memberikan bantuan awal berupa wang tunai, lampin dewasa dan barang keperluan harian.

“MAIPk akan menguruskan permohonan Khairudin untuk mendapatkan bantuan kewa­ngan bulanan selama mana dia tidak dapat bekerja,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Marzaitul Azura di talian 013-5638667.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI