fbpx

Lima rumah kedai, 25 kenderaan musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lima buah rumah kedai yang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Beserah-Kuantan di Kuantan malam semalam

KUANTAN – Lima buah rumah kedai dan 25 buah kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan rumah kedai Jalan Beserah-Kuantan di sini malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian pukul 12.47 tengah malam itu menyebabkan lima rumah kedai musnah seratus peratus.

“Premis yang terlibat adalah kedai kusyen, kedai aksesori nombor kenderaan, kedai mengecat kenderaan dan dua buah kedai menjual kereta terpakai.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak tiga jentera bersama 24 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan api berjaya dikawal pada pukul 2.14 pagi. Api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.04 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI