fbpx

Komen Siti pasal Daniel bikin panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMEN Siti meminta Daniel Chuer supaya lebih maskulin ketika beraksi mendapat banyak respons netizen.

NAMPAKNYA hampir setiap minggu pasti ada sahaja cerita daripada konsert mingguan Big Stage musim keempat (BS4).

Sebelum ini, ramai yang marah dengan Mas Idayu selaku Juri Pedas tetapi minggu lalu, komen Datuk Seri Siti Nurhaliza pula jadi pertikaian umum.

Tidak silap Mizz Lahar, komen Siti hanya meminta Daniel Chuer supaya lebih maskulin ketika membuat persembahan, tetapi ramai pula yang membuat tafsiran dan konklusi sendiri.

“Saya harap Daniel kekal jadi diri sendiri dan tak perlu jadi lebih maskulin atas pentas,” komen seorang netizen yang kurang berpuas hati.

“Rasa-rasanya Siti hanya minta Daniel lebih ‘lelaki’ dalam persembahan. Bukannya menghina atau melabel Daniel sebagai …,” luah seorang lagi netizen.

Memang hangat topik ini dalam Twitter, bahkan sehingga hari ini masih dibahaskan netizen. Yang penting, Daniel tidak pula melenting, elok pula dia menerima baik nasihat tersebut, budak baru nak uplah katakan. Siti hanya menjalankan tugasnya sebagai juri dan jika tidak perlu, abaikan sahaja nasihat tersebut.

MIZZ LAHAR: Jika benar isteri Remy Ishak hamil, pasti ramai yang teruja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI