fbpx

Hubungi penjual kek buat tempahan pukul 4 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelanggan mengganggu penjual dengan membuat tempahan kek pada awal pagi menerima kecaman daripada orang ramai.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang penjual kek berasa berang apabila ada pelanggan yang menghubunginya menerusi panggilan telefon sebanyak dua kali pada pukul 3.45 pagi untuk membuat tempahan kek.

“Sekarang pukul 4 pagi, semua orang tidur puan. Apa tujuan puan menelefon saya? Mahu tempah kek ikutlah waktu yang sesuai. Awal pagi biasanya panggilan untuk kes kecemasan,” kata penjual kek tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa berang dan mengecam tindakan individu tersebut.

Tangkap layar perbualan diaplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh penjual kek tersebut.

“Pelanggan ni mungkin baru lepas buat solat sunat tahajud, sudah selesai urusan itu dia buat tempahan kek,” kata @PulangPerantau.

“Saya bukan peniaga tetapi jika ada orang menelefon saya waktu macam ini pasti saya akan marah kerana saya susah hendak lelap semula sekiranya terjaga,” ujar @ShazwanyWany pula.

“Fikir logik kalau hantar pesanan WhatsApp orang tidak jawab, buat apa hendak menelefon. Kalau ada boleh pergi hantar (pukul 4 pagi), awak makan ke kek pagi buta. Adab kena ada,” komen @JijaiAbdRahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI