fbpx

Burung merak haram dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung merak.

PUTRAJAYA – Burung merak haram dimakan kerana binatang itu dikategorikan sebagai jijik.

Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-670 dikeluarkan, hari ini.

Menurut PMWP, penjelasan itu sekali gus menafikan bahawa pengharaman memakannya bukan kerana sifat semula jadi burung merak itu yang sombong dan suka berbangga diri kerana kecantikan.

“Burung itu haram dimakan berdasarkan pandangan mazhab Syafie selain ia adalah binatang yang jijik menurut pandangan masyarakat Arab.

“Para ulama berbeza pandangan berkenaan dengan memakan daging burung merak, namun pendapat yang paling sahih di dalam mazhab Syafie ialah memakan daging burung merak adalah haram,” katanya.

Katanya, antara sebab pengambilan hukum berdasarkan pandangan masyarakat Arab sebagai penentuan halal dan haram dalam pemakanan kerana mereka adalah umat yang mula-mula menerima syariat yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI