fbpx

Azab dua jam cincin tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memotong cincin yang tersangkut pada jari hantu seorang remaja perempuan, semalam

SABAK BERNAM – Impian seorang remaja berhias dengan cincin baharu pada jari hantu dipakainya berakhir dengan azab selepas tersangkut lebih dua jam sebelum diselamatkan bomba semalam.

Mangsa berusia 16 tahun dikatakan baharu tiga jam memakai cincin tersebut sebelum tersangkut kerana terlalu kecil.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, usaha mengeluarkan cincin remaja itu dilakukan di rumah keluarganya namun tidak berhasil.

“Ahli keluarganya kemudiannya membawa mangsa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar di sini, untuk bantuan lanjut pukul 7.17 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati jari kanan mangsa membengkak dan kemerahan dan anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin tersebut dalam operasi mengambil masa selama 10 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, jari remaja itu didapati tidak mengalami kecederaan serius dan hanya kesan bengkak akibat tersangkut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI