fbpx

RM38. 7 juta geran bantu PMKS tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Noh Omar.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 310 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) telah menerima manfaat melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan nilai geran diluluskan berjumlah RM38.7 juta sepanjang 2021.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, insentif yang disediakan melalui SME Corp Malaysia itu menyediakan bantuan berbentuk geran dengan nilai maksimum sehingga RM500,000 bagi tujuan meingkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan PMKS.

“Program BEEP tidak menyediakan geran secara keseluruhan atau 100 peratus, tetapi diberikan dalam bentuk geran padanan dan tertakluk kepada kelulusan.

“Peratus bantuan geran boleh dipertimbangkan mengikut saiz syarikat iaitu 90 peratus untuk syarikat bersaiz mikro, 60 peratus untuk syarikat bersaiz kecil dan 50 peratus untuk syarikat bersaiz sederhana,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) sama ada kementerian bercadang menukar geran bantuan PMKS kepada geran padanan boleh diubah.

Tambah Noh, PKS yang memohon pembiayaan untuk menambah baik perniagaan di bawah Program Pembiayaan Digital PMKS layak mendapat penukaran geran sehingga 50 peratus atau maksimum RM250,000, tertakluk kepada syarat.

“Sehingga Oktober 2021, sejumlah 20 PKS telah mendapat kelulusan penukaran geran melibatkan kos RM4.7 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI