fbpx

EON lancar Pusat Proton 3S-Platinum Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Proton EON 3S-Platinum di Alor Setar

PETALING JAYA – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) membuka pusat Proton 3S-Platinum pertamanya di Alor Setar secara rasmi semalam.

Terletak secara strategik di Pusat Komersial Souq, ia merupakan pusat Platinum 3S Proton pertama di Kedah, dikelilingi institusi pendidikan seperti Universiti Antarabangsa AlBukhary dan Sekolah Antarabangsa AlU, pasaraya, Bank Muamalat, Pos Malaysia dan kawasan bazar.

Dengan keluasan binaan 35,992 kaki persegi (3,343 meter persegi), pusat berkenaan boleh mempamerkan sehingga tujuh buah kereta dan mempunyai ruang istirahat yang selesa dilengkapi kemudahan seperti sudut F&B, stesen pengecasan komputer riba/telefon pintar, Wi-Fi percuma, Netflix dan bilik kanak-kanak.

Ia mempunyai enam ruang servis dengan sistem pengangkat, tiga ruang tanpa sistem pengangkat, ruang servis untuk penjajaran tayar dan ruang Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS).

Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial.

Syed Faisal (tengah) bersama Roslan (dua dari kiri) dan Akkbar (dua dari kanan) bergambar ketika majlis pelancaran.

Menurut Akkbar, beliau yakin EON akan terus berkembang maju di Kedah dan di seluruh wilayah Utara.

“Pelancaran Proton EON 3S-Platinum di Alor Setar ini telah menguatkan komitmen EON untuk mengukuhkan kehadiran Proton di negara ini serta menjadi sebahagian daripada rancangan perluasan perniagaan EON untuk memenuhi keperluan pasaran kereta Malaysia yang semakin berkembang.

“Keazaman kami adalah untuk menyediakan kemudahan berkualiti premium, perkhidmatan pelanggan cemerlang serta terus meningkatkan perkhidmatan daripada peringkat pra-pembelian, pembelian, hingga selepas pembelian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI