fbpx
COURTENEY COX

Courteney Cox sesal suntik botox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-GARA menyuntik botox, pelakon Courteney Cox mengaku menyesal kerana rawatan kecantikan tersebut membuatkan wajahnya menjadi semakin pelik.

Ujar pelakon berusia 57 tahun itu, rawatan suntikan botox yang dilakukan itu tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan sehingga menjadikan wajahnya kelihatan aneh.

“Saya menyesal kerana melakukan pelbagai rawatan kecantikan, termasuk suntikan botox yang akhirnya membuatkan wajah saya kelihatan aneh,” ujarnya.

Disebabkan wajahnya tidak seperti apa yang dia harapkan, Cox telah menerima kritikan hebat bukan sahaja dalam kalangan peminatnya, bahkan rakan-rakan dalam industri.

Kritikan yang diterima sekali gus membuatkan pelakon filem Ace Ventura: Pet Detective itu hilang keyakinan diri untuk bertemu orang ramai.

POPULAR