fbpx

Fazura raih RM5.4j hasil jual tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA bersyukur apabila jualan 200,000 tudung Rahmat Ramadan habis dalam tempoh sejam semalam.

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Nur Fazura berjaya meraih RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis dijual secara online semalam.

Jualan ibarat ‘pisang goreng panas’ itu dilakukan Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 39, ketika menjual pakaian berkenaan yang berharga RM27 sehelai.

“Masya-Allah, tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. Koleksi (tudung) Rahmat Rama­dan telah terjual laris seba­nyak 200,000 helai dalam tempoh sejam.

“Saya rasa sangat bersyukur atas sokongan orang ramai yang membawa kepada kejayaan yang sangat luar biasa ini,” ujarnya menerusi coretan di Instagram.

Seorang pengguna Twitter pula membuat ciapan berbunyi: “Senang-senang sahaja Fazura dapat RM5.4 juta.”

Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu termasuk rakan selebriti meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli koleksi tudung terbaharu miliknya.

Pelakon Lisa Surihani antara yang tidak sempat menyambar tudung Fazura kerana sudah kehabisan stok.

Bagaimanapun Fazura bermurah hati ingin menghadiahkan tudung miliknya kepada Lisa.

“Adikku mahu yang mana? Saya rela beri kepada awak tudung saya,” katanya.

Terdahulu sekitar Ogos tahun lalu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menerusi jenama tudung sama pernah mencatatkan jualan RM2.16 juta selepas keluaran Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI