fbpx

RichWorks ubah kehidupan Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF dan isterinya, Tya Arifin mengusahakan perniagaan produk kesihatan, Mutyara.

PETALING JAYA – Didikan dan bimbingan daripada Mentor U­sahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya mengubah kehidupan anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Menerusi perkongsian video di Instagram Asyraf, bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K merakamkan penghargaan buat Azizan kerana berjaya mengubah dan membim­bing anaknya bukan sahaja dalam bisnes tetapi kehidupan dalam masa tiga tahun sahaja.

Difahamkan, ucapan itu dibuat pada majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir Khalid di ibu negara pada Isnin lalu.

“Membuatkan beliau (Datuk K) bangga dengan saya merupakan ‘big why’ untuk saya bangkit.

“Alhamdulillah, semuanya berubah apabila saya bertemu dengan mentor Azizan Osman yang betul-betul mengubah bisnes produk Mutyara.

“Selain bisnes, bimbingan itu memberikan saya banyak per­spektif lebih baik terutama dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran berserta video ucapan Datuk K.

Cerita Asyraf yang juga bapa kepada dua anak itu, beliau me­rupakan seorang yang nakal dan kerap mengecewakan bapanya serta berasakan dirinya tidak mempunyai keyakinan untuk berjaya suatu ketika dahulu.

Asyraf memahami perjalanannya dalam kehidupan dan dunia perniagaan masih jauh, namun sangat bersyukur dengan luahan bapanya itu yang pertama kali dilakukan terutama di hadapan mentornya sendiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan, sentiasa memberi bimbingan, tidak memanjakan saya dengan kesenangan dan menanamkan motivasi untuk berjaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf memberitahu, beliau melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Yang Maha Esa.

“Malah nilai-nilai baik ada dalam diri anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

“Meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan sehingga jutaan ringgit tetapi masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul untuk dilakukan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI