fbpx

Suka gosip tau – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza tampil menafikan rumah tangganya sedang bergolak selain meminta orang ramai tidak mudah berprasangka buruk.

PETALING JAYA – Tiba-tiba meledak kononnya rumah tangga sedang bergolak, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil ‘menyucikan’ segala prasangka netizen.

Dalam nada seperti berseloroh, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meminta orang ramai agar bersangka baik dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi semata-mata bersandarkan hantaran dalam media sosial.

“Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan,” katanya ringkas menerusi laman Instagram miliknya berserta gambar bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua anak mereka.

Foto terbaharu tersebut dirakamkan ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati, rata-rata peminat sebenarnya tidak yakin perkongsian penyanyi nombor satu negara itu ada kaitan dengan permasalahan bersama suami tercintanya.

“Biasalah tu, netizen suka nak kacau sedangkan Siti bahagia. Apa pun moga idola saya terus bahagia dengan Datuk K, kalau bergaduh pun biasalah sedangkan lidah lagi tergigit,” komen netizen itu.

“Mereka mudah berfikir negatif bila TokTi muat naik status mengenai hukum suami meninggikan suara kepada isteri, semua jadi tidak keruan ingatkan TokTi dalam masalah,” kata peminat lain.

Khabar angin mengenai rumah tangga pelantun lagu Biarlah Rahsia itu tercetus berikutan perkongsian kata-kata dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan dirinya menghadapi masalah dengan suami.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian sebelum memadam perkongsian terbabit sejurus tular dalam media sosial.

Spekulasi bertebaran, ramai dalam kalangan netizen membuat andaian kononnya mahligai yang dibina Siti dan Khalid sedang bergelora.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI