fbpx

Pasang ‘pembesar suara balas dendam’ jika jiran gemar buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat tersebut boleh dipasang pada dinding yang dikongsi bersama jiran dengan bahagian diafragma boleh menghala ke dinding. – Oddity Central

SEOUL – Penduduk Korea Selatan yang tidak tahan dengan sikap jiran yang gemar membuat bising kini mempunyai cara unik untuk ‘membalas dendam’ iaitu dengan memasang sejenis sistem bunyi khas digelar ‘pembesar suara balas dendam’, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Peralatan sistem bunyi itu mula dilaporkan oleh media tempatan pada tahun 2016 dan ketika itu, ia dilihat sebagai cara kelakar yang boleh digunakan oleh penghuni pangsapuri yang mempunyai jiran yang bising.

Bagaimanapun, ia kini menjadi satu cara popular selepas ramai pengguna memberitahu kaedah itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Laman-laman e-Dagang di Korea Selatan mula menjual pembesar suara itu yang mempunyai pelbagai rekaan, output kuasa, pilihan ketersambungan dan fungsi.

Kesemua peranti dijual itu mempunyai satu persamaan, iaitu ia boleh dipasang pada dinding yang dikongsi dengan jiran terbabit, dengan bahagian diafragma boleh menghala ke dinding.

Sementara itu, meskipun terdapat pelbagai jenis pembesar suara yang boleh dipilih, satu daripadanya yang paling mendapat sambutan berdasarkan bilangan ulasan online dan penilaian keseluruhan adalah Smartor.

Ia merupakan peranti berbentuk bujur yang mampu ‘menyeksa’ jiran sambil membolehkan seseorang itu meneruskan hari mereka tanpa gangguan.

“Bunyi daripada alat tersebut amat bagus. Kesannya sangat hebat,” kata seorang pelanggan pada ulasan online.

“Saya berasa lebih tenang kerana dapat membalas dendam kepada unit pangsapuri di tingkat atas,” kata seorang lagi pembeli.

Smartor dijual pada harga kira-kira 170,000 won (RM596.23). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI