fbpx

Janna Nick akhirnya ‘tewas’, positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA disahkan positif selepas beberapa kali melakukan ujian calitan.

PETALING JAYA – Selepas dua tahun mengelak daripada dijangkiti Covid-19, pelakon dan juga penyanyi Janna Nick akhirnya ‘kecundang’ selepas disahkan positif virus tersebut.

Berita itu diberitahu Janna sendiri dalam beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Saya positif setelah dua tahun lebih bertarung dengan Covid-19, akhirnya kecundang jua.

“Semalam macam okey lagi, malam tadi dah rasa sakit tekak perit sangat, macam nak demam, rasa sejuk dan sakit badan,” katanya.

Ujar selebriti berusia 26 tahun itu lagi, selain berasa tidak sedap badan, dia turut mengalami gejala hidung tersumbat.

“Hidung pun dah mula tersumbat, ada banyak ubat saya dah sediakan. Doakan saya cepat sembuh, saya minta maaf sesiapa yang ada jumpa saya,” ujarnya.

Dalam hantaran berbeza, penyanyi lagu Gatal itu turut berkongsi kisah ditegur netizen kerana tindakannya melakukan ujian calitan Covid-19 berulang kali.

Janna melakukan ujian calitan berulang kali kerana yakin dirinya positif sejak semalam ekoran berasa tidak sihat lebih-lebih lagi menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Semalam ramai mesej saya cakap kalau dah negatif tidak perlu kalut minta untuk positif (keputusan).

“Saya bukan saja-saja nak buat content atau terhegeh-hegeh buat RTK (rapid test kit) atau PCR (polymerase chain reaction) untuk dapat keputusan positif.

“Saya buat sebab kita boleh rasa badan kita macam tak sihat, sebab saya bukan senang sakit, jadi saya dah boleh agak saya positif, itulah sebab semalam saya terus buat PCR,” katanya menerusi Instastory.

Janna turut memaklumkan ujian calitan terbaharu yang dilakukan mendapati dia positif virus tersebut pada pagi Sabtu (hari ini).

Pada Jumaat, Janna memberitahu dia melakukan ujian kendiri dan mendapati alat tersebut menunjukkan dua garis positif.

Janna kemudian ke klinik berdekatan dan melakukan ujian RTK pula, namun keputusan negatif.

Tidak berpuas hati kerana yakin sudah dijangkiti, dia mengambil keputusan melakukan ujian ketiga iaitu PCR dan akhirnya dia disahkan positif virus berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI