fbpx

Rusia larang pesawat Britain di ruang udaranya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN tersebut dilakukan susulan larangan Britain yang melarang syarikat penerbangan nasional Rusia, Aeroflot daripada mendarat di negaranya. - Getty

MOSCOW – Pengawal selia penerbangan awam Rusia memaklumkan bahawa syarikat-syarikat penerbangan Britain telah dilarang daripada mendarat di lapangan terbang Rusia termasuk melintasi ruang udaranya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Rusia berkata, langkah sedemikian adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan ‘tidak mesra’ pihak berkuasa penerbangan Britain.

Semalam, Britain telah melarang syarikat penerbangan nasional Rusia, Aeroflot daripada mendarat di negaranya.

Langkah berkenaan dilaksanakan berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

“Saya fikir itu adalah tindak balas mereka terhadap kami semalam yang melarang Aeroflot daripada menggunakan ruang udara dan mendarat di Britain. Itulah tindak balas mereka,’’ Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace memberitahu stesen televisyen ITV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI