fbpx

Aksi lelaki Ukraine ucap selamat tinggal kepada anak undang rasa hiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menangis teresak-esak sambil memeluk kanak-kanak berkenaan serta mengucup dahinya. – The Sun

KIEV – Sebuah video menjadi tular kerana memaparkan babak menyentuh hati antara seorang bapa dengan anak perempuannya di Ukraine yang perlu berpisah demi mempertahankan negara, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan klip video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berdiri di tangga sebuah bas sambil menangis kerana perlu berpisah dengan bapanya.

Lelaki tersebut turut menangis teresak-esak sambil memeluk kanak-kanak berkenaan serta mengucup dahinya.

Seorang wanita dipercayai isterinya turut berada di sebelah mereka sambil turut sama menangis. 

Tidak lama selepas itu, video tersebut memaparkan kanak-kanak itu dengan ibunya sudah berada di dalam bas sambil lelaki berkenaan menepuk cermin tingkap bas bagi mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Seorang saksi berkata, banyak keluarga diarah untuk berpisah, di mana wanita dan kanak-kanak dibawa ke zon selamat sementara penduduk lelaki dikerah untuk turut bertarung bersama tentera.

“Penduduk tidak berpindah sebelum berlakunya pencerobohan kerana tiada sesiapa percaya bahawa Rusia akan benar-benar menyerang Ukraine.

“Namun kini, kami terpaksa mencari apa-apa sahaja jenis pengangkutan untuk keluar dari negara ini bahkan pergi ke negara-negara jiran seperti Moldova,” ujarnya. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI