fbpx

Pertempuran makin sengit, tentera darat Rusia mula masuki Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba cuba memadamkan kebakaran selepas sebuah bangunan menjadi sasaran bedilan Rusia di bandar Chuguiv, Ukraine hari ini. - AFP

KIEV – Tentera darat Rusia hari ini menyeberang masuk ke Ukraine dari beberapa arah, kata pengawal sempadan Ukraine, beberapa jam selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan besar-besaran.

Deretan kereta kebal Rusia dan senjata berat lain melintasi sempadan di utara Ukraine di samping dari Semenanjung Crimea yang dirampas oleh Kremlin di bahagian selatan negara itu.

Menurut pasukan pengawal sempadan, seorang anggota tenteranya maut terkena tembakan dalam pencerobohan di sempadan Crimea, kematian tentera pertama yang disahkan secara rasmi akibat pencerobohan Rusia.

Ukraine telah mengalami banyak korban dalam konflik lapan tahunnya dengan pemberontak pro-Moscow di timur negara itu tetapi telah melaporkan tiada kematian di sepanjang sempadan selatannya dengan Crimea selama beberapa tahun.

Selepas mengadakan beberapa siri panggilan kecemasan dengan pemimpin dunia, termasuk Presiden AS Joe Biden, Presiden Ukraine mengadakan mesyuarat bersama pegawai tertinggi tentera, kata pejabatnya.

“Angkatan tentera Ukraine sedang melancarkan pertempuran hebat,” kata penasihat presiden, Mykhailo Podoliak.

“Kami mengalami beberapa kekalahan,” tambahnya, tanpa memberikan butiran lanjut.

“Di beberapa tempat lain, kemaraan tentera  Rusia telah ditangkis,” ujarnya. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI