fbpx

Pemuda runsing motor RXZ dipos belum sampai sejak Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemuda yang mendakwa motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipos dari Tawau sejak Disember lalu masih belum diterima

PETALING JAYA – Ramai pengguna merungut dan kurang berpuas hati dengan perkhidmatan sesetengah kurier yang sering menimbulkan pelbagai masalah.

Antaranya adalah kelewatan menghantar barang, mempunyai kerosakkan dan ada juga produk yang dipos oleh pelanggan telah hilang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda, Muhd. Zakri apabila dia mendakwa motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipos dari Tawau sejak 13 Disember lalu masih belum diterima sehingga hari ini.

“Saya pos motosikal saya dari Tawau pada 13 Disember 2021 dan jadi sampai sekarang motosikal saya masih tak sampai lagi ke alamat penerima.

“Saya dah cuba semak ‘tracking number’ tapi macam tidak dikemas kini, apabila saya hubungi pihak kurier asyik beri alasan sama,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Jelasnya, semasa semakan dan kemas kini terakhirnya pada 5 Januari 2022, sistem menunjukkan motosikalnya itu telah keluar dari pusat kurier di Tawau dan dalam proses penghantaran.

“Kali terakhir saya hubungi pihak operasi kurier, mereka mengatakan motosikal saya kemungkinan masih berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.

“Tapi sebelum ini apabila saya hubungi mereka, pihaknya kata motosikal dah sampai Port Klang. Bukannya motosikal saya itu dari negara lain, dari Sabah sahaja,” luahnya.

Apa yang lebih mengecewakan Zakri adalah apabila proses dan syarat diperlukan untuk urusan penghantaran motosikalnya itu sangat rumit tetapi pihak kurier masih belum dapat menjelaskan keberadaan sebenar kenderaan tersebut.

Tambah Zakri, motosikal itu satu-satunya kenderaan yang dia ada untuk pergi ke tempat kerja dan berharap agar syarikat kurier tersebut dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan secepatnya.

“Jadi saya harap pihak kurier lebih peka perkara macam ini, sudah la proses nak pos motor itu banyak syarat, kena hidup cukai jalan, insurans semua.

“Tapi bila dah ikut kehendak mereka, macam ini pula buat pada pelanggan, sekarang ini saya sampai kena pinjam motor orang lain untuk pergi kerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI