fbpx
ALLAHYARHAM nenek Aliff, Rahmah Ismail dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Nenek Aliff Aziz meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, berita duka menimpa penyanyi Aliff Aziz apabila kehilangan neneknya hari ini.

Berita tersebut dimaklumkan sendiri Aliff, 31, menerusi satu hantaran Instagram sebentar tadi.

Menurut penyanyi lagu Sayang Sayang itu, allahyarham neneknya, Rahmah Ismail yang tinggal di Singapura menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

“Pagi ini, nenda saya Hajah Rahmah Ismail telah kembali ke rahmatullah. Saya selalu cucu pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan al-Fatihah kepadanya.

“Juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman,” tulisnya.

Penyayang

Tambah penyanyi kelahiran Singapura itu lagi, arwah neneknya merupakan seorang yang penyayang dan sepanjang hayatnya, dia banyak berkhidmat membawa jemaah mengerjakan umrah dan haji sewaktu muda.

“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan atas segalat ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba. Semoga Baba tenang di sana, amin,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Aliff tidak berkongsi lanjut tentang punca kematian neneknya.

Aliff setakat ini masih menjalani kuarantin bersama isterinya, pelakon Bella Astillah selepas tiba di tanah air minggu lalu.

Pasangan suami isteri itu mengerjakan ibadah umrah bersama ibu bapa Bella dan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari lalu.

Pemergian pasangan itu ke sana buat pertama kali turut menyaksikan Aliff berpeluang menyambut hari lahirnya yang ke-31 pada 16 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR