fbpx

Lebih sejuta sudah daftar PICKids

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kanan) menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang kanak-kanak menerusi PICKids di HRPZ II, Kota Bharu hari ini.

PUTRAJAYA – Lebih sejuta kanak-kanak berusia antara lima tahun ke 11 tahun di sudah berdaftar bagi mendapatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di seluruh negara.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, dari segi etnik pula, kanak-kanak daripada kaum Cina adalah yang paling tinggi mendapatkan pelalian berkenaan iaitu sebanyak 46.4 peratus.

“Saya menyeru ibu bapa supaya segera mendaftarkan anak-anak mereka yang layak bagi melindungi mereka daripada virus ini.

“Ketika ini, kadar kemasukan golongan kanak-kanak ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat akhir-akhir ini,” katanya.

Katanya, beliau mendapati sebahagian ibu bapa dilihat lebih senang untuk mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat peningkatan 160 peratus kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak sejak awal Februari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI