fbpx

Auba ledak hatrik buat Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (tengah) meledak hatrik pertamanya bersama Barcelona ketika menewaskan Valencia 4-1 di Mestalla awal pagi semalam. – AFP

VALENCIA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menghamburkan pujian ­melangit kepada Pierre-Emerick Aubame­yang selepas meledak hatrik ketika menewaskan Valencia 4-1 pada aksi La Liga di Sta­dium Mestalla awal pagi semalam.

Ia adalah hatrik pertama Aubameyang, 33, dalam tiga aksinya bersama The Catalans sejak berhijrah dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal secara percuma pada jendela bulan lalu.

Kali terakhir penyerang antarabangsa Gabon itu meledak hatrik adalah bersama The Gunners ketika menewaskan Leeds United 4-2 Februari tahun lalu.

“Dia (Aubameyang) sudah menjaringkan terlalu banyak gol dalam keriernya. Kami menjangkakan dia akan melakukan perkara sama bersama kami.

“Saya sangat gembira kerana dia tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan impak hebatnya. Dia berpeluang meledak banyak gol kerana dia bijak cari ruang kosong,” kata Xavi.

Tiga gol Aubameyang dan satu jaringan daripada Frenkie De Jong menyaksikan Barcelona kini kekal berada dalam kelompok empat teratas selepas mengharungi 24 perlawanan musim ini.

Kecemerlangan itu pastinya menyuntik semangat baharu bagi memastikan kemenangan menjadi milik Barcelona apabila berkunjung ke Naples menentang Napoli untuk aksi timbal balik playoff Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Pertemuan terakhir minggu lalu menyaksikan Barcelona bangkit meledak gol penyamaan 1-1 menerusi Ferran Torres selepas Napoli terlebih dahulu meraih jaringan pembukaan melalui Piotr Zielinski. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI